KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, August 31, 2009

NASI AYAM BEREMPAH




Nasi Ayam merupakan makanan yang paling digemari tak kira bangsa serta golongan

masyarakat. Jika dahulu kami sekeluarga gemar makan Nasi Ayam yang di jual di gerai

makanan Kg Pandan berhampiran klinik Kesihatan Kg Pandan. Tetapi kini ada beberapa

restoran yang menyediakan Nasi Ayam yang enak yang selalu juga aku kunjungi terutama

apabila 'malas' memasak seperti di Restoran Bandar Puteri dan juga Restoran Baser. Juga di

Seksyen 18 Shah Alam yang juga menyediakan Nasi Ayam berempah yang menjadi pilihan

anak-anakku.

Jom kita lihat bagaimana saya memasak resepi ini....



NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:

2 Pot susu beras wangi

1 Batang serai

1 Helai daun pandan

3 Ulas bawang putih

1 Inci Halia

2 Sudu minyak sapi

Stok ayam secukupnya.

Bunga cengkih

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Bunga lawang

CARA MEMASAK:

1. Tumis kesemua rempah campak dan masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk menggunakan minyak sapi. Masak kekuningan dan masukkan stok air.

2. Masukkan serai titik dan daun pandan. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan beras yang telah dicuci.

Nota : Air stok ayam dan beras hendaklah sama banyak.



AYAM BEREMPAH







BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam

8 Ulas bawang merah

5 Ulas bawang putih

2 Inci halia

1 Inci Lengkuas

2 Inci kunyit hidup

10 batang serai

1/2 peket rempah daging

1 Senduk cili kisar

Garam dan gula


CARA MEMASAK:

1. Cuci ayam dan toskan.

2. Kisar kesemua bahan. perapkan ayam bersama bahan yang di kisar untuk beberapa jam.

3. Goreng garing.


Nota: Hidangkan Nasi dan ayam goreng berempah bersama sos cili dan sos kicap beserta timun dan sayuran lain jika suka.

2 comments:

Precious said...

Ini sambut Merdeka la ni. Makan nasi ayam. Yummy!!

Anonymous said...

rempah kari tue setengah peket yg besar atau yg kecik?stok ayam tue mcm na nak buat yek?