Wednesday, August 19, 2009

LABU MASAK LEMAK



Jika dahulu setiap kali mengadakan kenduri di kalangan keluarga sebelah suamiku pasti tidak

ketinggalan masak lemak labu seperti ini. Kuahnya yang lemak dengan aroma daun kunyit ,

bawang serta rasa labunya yang manis begitu membuka selera.Yang pastinya jika kenduri di

rumah 'Kak Teh' kakak suamiku pasti digandingkan dengan Ikan Keli Cili Api. Gandingan

yang amat mantap antara pedas , lemak dan manis menbuatkan kami 'banyak makan'

terutamanya anakku Ikmal yang amat menggemari masakan kampung sehingga kerapkali

bertanya mengapa orang kampung 'pandai' masak?. Jika di rumah, aku lebih senang

mengandingkannya dengan Ayam Goreng Bawang dan ikan goreng atau ikan masin 'bulu ayam'.



BAHAN-BAHAN


1 Biji Labu kuning

1 biji kelapa
(ambil 1 litter santan)

1 Helai daun kunyit

1 Bawang besar
(Hiris nipis)

Segenggam kecil udang kering/ikan bilis

Cili Merah
(dibelah dua)


CARA MEMASAK:-


1. Kupas kulit labu dan potong kecil. Rebus sebentar hingga separuh masak dengan sedikit air.

2. Masukkan daun kunyit , bawang, cili merah dan udang kering. Biar sebentar masukkan pula santan.

3. Masukkan garam dan perasa (jika perlu). Angkat dan hidang.

2 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Sedapnya... Nyum... Nyum.. Nyum... Nanti saya nak masak la gulai labu nie... Makan ngan ayam goreng, sedap wo... Cicah sambal belacan :)