KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, August 30, 2009

HATI BERLADA





Resepi kali ini ada kelainan rasanya. Amat sesuai untuk juadah berbuka di padankan dengan

gulai. Yang membezakan dengan masakan berlada lain ialah campuran daun kunyit yang dihiris

halus menimbulkan satu rasa berlainan. Pertama kali merasa masakan ini aku membelinya di

sebuah restoran di Sunway. Cubalah...mungkin ianya memenuhi citarasa....


BAHAN-BAHAN

500 gm hati/pedal ayam

2 Biji Kentang

1 Biji tomato

1 Biji Capsicum

Petai

1 helai daun kunyit
(dihiris halus-halus)

4 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang

2 Sudu sos tiram

2 Senduk kecil cili boh

Garam, gula dan asam jawa

CARA MEMASAK:-

1. Hati/pedal direbus sebentar dan di potong kecil-kecil.

2. Rebus kentang dan dipotong dadu.

3. Capsicum juga dipotong dadu.

4. Potong petai mengikut suka.

5. Tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan
masak hingga garing

6. Masukkan sos tiram, sayur-sayuran dan kentang. Gaul rata.

7. Tambahkan garam, gula , perasa(jika suka), dan sedikit air asam jawa.

8. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat dan hidang.

No comments: