Tuesday, August 18, 2009

BAWAL MASAK TAUCHU

Align LeftMasakan apa yang akan dimasak hari ini..... Itulah yang selalu bermain

difikiran setiap kali waktu memasak. Tidak semua masakan dapat memenuhi citarasa setiap

anggota keluarga.

Memandangkan anak sulongku sedang bercuti lalu aku memberi pilihan kepadanya samada

mahukan Ikan Masak Bercili atau Ikan Masak Tauchu. Dan pilihannya adalah Ikan Masak

Tauchu .Telah lama tidak makan Ikan Masak Tauchu masakan ibu katanya. Dan yang pasti

masakan ini akan mengingatkan aku kepada bapaku yang begitu 'pakar' dalam memasak

masakan ini. Anak dan cucunya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati

masakan itu setiap kali beliau masak.

Memandangkan Ramadhan akan menjengah, masakan ini pastinya kan menjadi pilihan

keluargaku dan kerapkali dimasak. Ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga membuka

selera lebih-lebih lagi sewaktu subuh hening tatkala bersahur. Kepada teman yang sudi singgah

keteratak ku ini

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.


BAHAN - BAHAN

2 Ekor ikan Bawal Hitam

3 Ulas bawang merah

1 Ulas bawang putih

1 Inci halia

4 Sudu tauchu

1 Biji bawang besar

2 Bji cili merah

2 Biji cili Hijau

1 Sudu besar asam jawa
(Ramas bersama 1 mug air)


CARA MEMBUAT:-

1. Siang ikan, cuci dan potong mengikut suka dan lumurkan garam dan kunyit. Goreng garing.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Bawang besar dihiris bulat-bulat. Cili merah dan hijau di belah dua memanjang.

4. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.Masukkan tauchu

5. Masukkan pula air asam dan biar menggelegak. Masukkan ikan dan cili.

6. Apabila menggelegak masukkan pula bawang besar dan perasa. Angkat dan hidang.

Nota: Garam tidak diperlukan kerana tauchu masin.
Jika suka pedas tukarkan dengan cili api hijau dan merah.
lenyekkan tauchu jika anak-anak tidak gemar akan kacang soyanya.

2 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Kak, saya sangat sukakan gulai taucu. Tapi taucu daging + terung. Sedap kak.. Nyum... Nyum... Nyum...

AZIAN DAUD said...

Salam Sofia,

memang sedap tu.....boleh cuba!