KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, July 23, 2009

SUP TULANG RUSUK

Selalunya aku akan memasak sup ala-ala thai gitu tetapi kali ini aku hanya memasak sup tulang Align Centeryang begitu simple. Dengan rasanya yang agak 'plain' amat sesuai untuk digandingkan bersama menu yang lain.. .BAHAN-BAHAN

600 gm Tulang rusuk

1 Peket rempah campak

3 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang putih

2 Inci Halia

Sedikit lada sulah & garam

Daun sup & bawang goreng
(untuk hiasan)

CARA MEMASAK:-

1. Tumis rempah campak, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga garing.

2. Masukkan tulang, halia dan air. Renihkan sehingga tulang empuk.

3. Masukkan garam, perasa(jika suka) dan lada sulah.

4. Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

No comments: