KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, July 23, 2009

KACANG BUNCIS GORENG



Menu hari ini begitu simple. Gandingan Kacang Buncis Goreng, Ayam Goreng dan Sup Tulang. Lebih enak kacang buncis asparagus itu di beli dari Cameron Highland . Rasanya yang manis begitu 'kena' bila di satukan dengan udang kering. Eeemmm enak di makan dengan nasi panas...


BAHAN-BAHAN


300 gm Kacang Buncis

Sedikit udang kering

1 Cili merah

3 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk semua bahan kecuali kacang buncis .

2. Tumis bahan bersama sedikit minyak hingga garing.

3. Masukkan kacang buncis yang telah di potong dan sedikit air. Gaul rata . Masukkan garam dan secubit gula.

4. Angkat dan hidang.




No comments: