KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, June 29, 2009

TOM YAM CLEAR

Keadaan cuaca yang tidak menentu dan berjerubu membuatkan anak-anak demam bergilir-gilir. Inilah tugas yang tidak dapat di tolak.... seorang demi seorang berkunjung keklinik dan paling memeningkan apa yang hendak di masak agar anak-anak berselera untuk makan.
Terlintas di kepala dengan rasanya yang agak masam dan tidak begitu pedas tentu tom yam dapat melayan tekak anak-anak ku.... Aku tidak menggunakan sebarang 'paste tom yam' kerana tidak menggemari 'rasa'nya.
Ha ha tepat juga ramalan ku ... anak-anak berselera juga untuk makan walaupun tidak serancak biasa. Dan yang paling seronok bila mereka bertanyakan lagi tom yam itu pada sebelah petangnya untuk dihirup kuahnya.... Resepi ini aku perolehi dari kakak ku yang mempelajarinya dari saudara sebelah suaminya....Alhamdulillah...berpanjangan.





RAMUAN

400 gm Isi ayam

200 gm udang

200 gm sotong

Cendawan tiram

1 Batang carot
( dipotong kiub)

Jagung muda

3 Biji tomato

3 Biji bawang besar

Sehiris lengkuas

5 batang serai (dititik)

3 biji cili akar (dititik)
(tambah jika suka pedas)

3 helai daun limau purut

1-2 biji limau nipis

1 litter air

2 sudu sos ikan

Daun ketumbar


CARA MEMASAK:-

1. Kisar 2 biji tomato dan 2 biji bawang besar bersama sedikit air . Bawang dan tomato yang tinggal dipotong mengikut suka.

2. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersama air , serai dan lengkuas. Masak hingga mendidih.

3. Apabila telah mendidih masukkan isi ayam.biarkan ia merenih perlahan.

4. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, daun limau purut dan cili akar yang dititik.

5. Udang dan sotong di masuk akhir supaya tidak terlalu masak. Masukkan sos ikan dan garam secukup rasa. Perahkan limau. Angkat.

6. Taburkan daun ketumbar (tiada dalam gambar kerana kehabisan stok) ketika masih panas sewaktu menghidang.

1 comment:

Sofia said...

Oh... sedapnya... Pandai memasak la akak nie :)