Saturday, May 2, 2009

MACARONI GORENG

Baru-baru ini teman-teman ku meminta agar perjumpaan mingguan kali ini diadakan di rumahku. Oleh kerana keputusan di buat 'last minute' aku hanya menyediakan 'main dish' dengan apa yang ada di rumah. Maka terhasillah macaroni goreng ala Malaysia. Macaroni goreng juga merupakan kegemaran 'kakak' anakku yang sulong.
"So kakak tengok aje ok nanti balik Malaysia ibu masak special untuk kakak with a lot off rencah"



BAHAN-BAHAN

1 Bungkus macaroni
(Rebus,tos dan gaul sedikit butter)

200 gm isi ayam/minced beef

200 gm isi udang

1 Cawan mix vegetable

4 Sudu besar cili kisar

4 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

2 Sudu besar sos tiram

3 Sudu besar sos tomato

4 Sudu besar sos cili

1/2 Cawan stock ayam
(kiub ayam pun boleh)

4 Sudu besar minyak
(untuk menumis)
CARA

1. Tumis bawang merah dan putih yang telah di tumbuk/kisar sehingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.(Langkah ini penting untuk setiap masakan)

2. Masukkan semua jenis sos dan gaul supaya sebati. Masukkan isi ayam dan isi udang.

3. Apabila telah separuh masak masukkan mix vege & macaroni . Tuang stock ayam dan gaul rata.

4. Rasa garam nya. Untuk masakan sebanyak ini lebih kurang 1 sudu besar garam.

5. Angkat dan hidang bersama bawang goreng dan daun bawang
.

No comments: