Sunday, May 24, 2009

KUEH DAGING

Berbuat baik sesama manusia bukan sahaja amalan yang dituntut tetapi juga dapat mengeratkan tali silaturahim dan juga pertukaran budaya dari berbagai segi. Persahabatan ku bersama seorang teman dari keturunan kesulatanan Medan Indonesia, Tengku Leliani yang lebih senang ku panggil Cicik memberi peluang kepadaku untuk mempelajari beberapa jenis resepi kegemaran mereka.Walaupun kuih ini mempunyai nama nya tersendiri, aku lebih senang menggunakan nama yang lebih kenali oleh anak-anak ku, Kuih Daging . Post kali ini amat mengingatkan aku kepada beliau yang juga merupakan jiran ku ketika aku tinggal di Menara Seri Cendana.
Kenangan suka dan duka itu tak mungkin dapat aku lupakan.....




BAHAN-BAHAN

200 gm daging cincang

2 labu bawang besar
( dipotong kiub)

4 ulas bawang putih
(ditumbuk/kisar)

3 biji telur

2 biji putih telur

400 gm tepung gandum

1 liter air

1 cawan susu cair

Marjerine

Bread crumb

Lada sulah

CARA MENYEDIAKAN

1. Tumis bawang putih hingga garing dengan marjerine. Marjerine perlu digunakan agak banyak sedikit. Masukkan daging cincang dan masak sehingga empuk.

2. Taburkan lada sulah. Masukkan bawang besar dan masak hingga layu.

3. Campurkan bersama tepung, air, 3 biji telur,garam dan susu cair. Tapis supaya tidak bergentel.

4. Tuang campuran kedalam campuran daging dan bawang yang sedang dimasak. Kacau jangan berhenti seperti memasak puding jagung.Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Pastikan campuran di masak hingga tidak melekat pada kuali.

5. Ketika masih suam, bentukkan kuih seperti yang anda kehendaki.

6. Golekkan kuih yang telah di bentuk dengan putih telur seterusnya 'bread crumb'

7. Goreng kuih daging dalam api sederhana hingga garing kulit luarnya.

8. Hidang bersama cili sos.

No comments: