Thursday, May 14, 2009

DAGING RUSA MASAK KICAP


Inilah kali pertama aku cuba sendiri memasak daging rusa setelah selama ini hanya menikmatinya di restoran sate Hj Samuri atau di beberapa buah hotel yang menghidangkan makanan cina. Setelah siap hidangan ini aku memberikannya kepada beberapa orang teman dan mereka menyukainya. Jika ingin merasakannya anda juga boleh memasaknya sendiri dengan mengikuti resepi yang telah di sediakan....


BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging rusa
(rebus hingga lembut & hiris nipis)

3 Labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 inci halia

1 Peket kecil rempah campak

1/2 peket rempah daging

5 tangkai cili kering

2 Biji kentang
(potong wedges & goreng)

1 Biji tomato
(potong wedges)

2 Tangkai cili merah
(hiris )

3 Sudu sos tiram

1/2 Cawan air asam


CARA MENYEDIAKAN

1. Kisar 2 labu bawang besar, cili kering, bawang putih , rempah daging dan halia.

2. Tumis rempah campak dan bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.

3. Masukkan daging rusa dan biarkan sebati. Masukkan kicap, bawang besar yang dipotong bulat-bulat dan cili merah. Masukkan garam dan perasa (jika perlu).

4. Akhir sekali masukkan kentang dan tomato. Masak sehingga tomato layu dan angkat.



Nota: Gunakan kicap manis untuk mendapat rasa yang agak manis.
Hidangan ini amat sesuai di makan dengan nasi putih.

1 comment:

Rusa Ryan said...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com