KLIK KLIK NUFFNANG

Saturday, April 11, 2009

NASI LEMAK



Nasi lemak adalah makanan kegemaran anak ketigaku Ikmal. Atas permintaan dari Ashiqin, anak sulung ku yang berada di Minnessota yang ingin menjamu 'keluarganya' di sana dengan hidangan nasi lemak, marilah kita kongsi bersama resepi nasi lemak yang seringkali ku buat untuk keluarga. Kepada kakak, try it in your way....


BAHAN-BAHAN

1 1/2 cawan beras basmathi
1 1/2 cawan beras wangi/biasa
2 Cawan pati santan
2 Cawan air
sedikit garam
Daun pandan

LANGKAH

1. Basuh kedua-dua beras dan toskan. Gaul garam dan beras sehingga mesra (petua agar nasi putih)
2. Renih santan yang dicampur dengan air dan daun pandan sehingga mendidih. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
3. Apabila santan mula mendidih masukkan beras dan biarkan masak seperti biasa.





SAMBAL IKAN BILIS




BAHAN-BAHAN

10 tangkai cili kering (rebus & kisar)
- (1 cawan cili kisar/paste)

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar di potong bulat-bulat
segenggam ikan bilis digoreng(jika suka)
-Diganti telur rebus. goreng sebentar telur rebus yang telah dikupas
agar sambal melekat pada permukaan telur.

Sedikit garam & gula

Daun pandan.


LANGKAH


1. Kisar bersama cili, bawang putih dan bawang merah.

2. Tumis bahan kisar dalam minyak yang lebih sedikit sehingga garing. Masukkan daun pandan,

sedikit gula dan garam secukup rasa. Pastikan bahan tumis di kacau selalu agar tidak hangus

dan menimbulkan rasa pahit.

3. Masak sehingga cili benar-benar masak dan agak garing. Masukkan bawang besar dan ikan

bilis/telur. Kacau rata . Angkat.

No comments: