KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, April 26, 2009

MEE GORENG


Pagi ini anak-anak bersarapan dengan Mee Goreng. Sarapan yang disukai oleh semua dan pastinya mereka akan menikmatinya dengan berselera. Mee goreng ku juga menjadi kesukaan jiran-jiran ku kerana merekalah yang sering menikmati hidangan ini. Kadangkala sesuatu hidangan itu biasa dan serupa sahaja seperti yang di masak oleh orang lain dan mungkin yang membezakannya adalah 'air tangan' wallahualam.....
DIPERLUKAN
1 Bungkus mee kuning (cuci & tos)
Sedikit isi ayam
Udang (jika suka)
Fish cake
Taugeh
Sawi / daun kucai
2 Sudu makan cili kisar (tambah jika ingin pedas)
4 biji bawang merah
2 Ulas bawang putih
3 Sudu besar sos cili
2 Sudu besar sos tomato
2 Sudu besar sos tiram
Kicap pekat & kicap manis
CARA MENYEDIAKAN
1. Tumis bawang merah dan putih ynag telah di tumbuk/ kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar biarkan masak garing.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato masak lagi hingga sebati. Bila sebati, masukkan isi ayam , udang dan fish cake.
3. Setelah isi ayam , udang dan fish cake separuh masak, masukkan mee dan kacau hingga sebati. Tuangkan kedua-dua kicap ikut selera masing-masing. Kacau rata.
4. Masukkan sawi/ kucai. Gaul rata. Masukkan pula taugeh. Angkat dan hidang.
# Jika inginkan mee agak basah, tambahkan I/2 cawan air selepas sos garing.
Taburkan daun bawang dan bawang goreng ketika menghidang.


No comments: