KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, March 20, 2009

DAGING MASAK MERAH


Setiap kali makan luar terutamanya kedai seafood dan tomyam pastinya hidangan ini pilihan utama keluargaku. Anak-anak amat menggemarinya dan mereka amat arif tentang rasanya. Jika lauk ini di masak dirumah kuantitinya dipastikan dapat memenuhi kehendak selera anak-anak.
BAHAN-BAHAN
1/2 Kilo daging (Batang Pinang)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 Sudu makan cili kisar
2 Biji cili merah
2 Biji bawang besar
4 Sudu makan sos cili
2 Sudu makan sos ikan
1 Sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIA
1. Rebus daging sehingga empuk. Sejukkan dan hiris nipis. Goreng sebentar di dalam minyak panas.
2. Tumis bawang merah dan putih sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
3. Masukkan sos cili, sos ikan dan sos tiram. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan daging yang telah di goreng sebentar tadi. Jika suka tambahkan sedikit air.
5. Tambahkan cili merah yang telah dipotong kasar dan juga bawang besar yang di potong bulat-bulat. Setelah bawang layu bolehlah diangkat.

No comments: